Visi, Misi, Moto, Etika dan Falsafah PRS

#Visi Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.

# Misi Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
1- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
2- Melahirkan murid mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
3- Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
4- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
5- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

#Motto Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
Prihatin,Mesra,Selesa

#Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
Bantu diri untuk bantu orang lain

#Etika Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS )
1- Amanah dan menyimpan rahsia.
2- Menerima dan menghormati rakan yang lain.
3- Memahami batasan dan keupayaan diri.
4- Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5- Memberitahu kepada guru bimbingan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain.
6- Merujuk kes rumit kepada kaunselor sekolah.
7- Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.

POSTED BY : UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SMKSKI

0 comments:

SELAMAT DATANG KE UBK SMKSKI :D !