Pemantauan Bilik Kaunseling 2011















POSTED BY : UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SMKSKI

Sejarah Penubuhan UBK SMKSKI



Unit Bimbingan dan Kaunseling telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 2004. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 500 orang dan bilangan guru seramai 32 orang. Guru Kaunseling pertama yang melapor diri pada penghujung tahun 2003 ialah Tn. Hj. Azhar bin Mohd Kassim.  Bilik bimbingan dan kaunseling  terletak di Blok C aras 2 dengan hanya mempunyai kelengkapan asas  sahaja, seperti almari, meja dan kerusi.  Pengetua pertama ialah Puan Hjh Rahmah  dan Penolong  Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Hjh Hasnah Bt Jaafar. Seterusnya, Guru Kaunseling kedua melapor diri pada tahun 2005, iaitu Pn. Nadiah bt Duki@Marzuki . Bilangan pelajar ketika itu ialah seramai 800 orang.

Pada November  2007 ,2 orang guru kauseling melapor diri iaitu Pn Lizawati Bt Che Zakaria dan Pn Noorashikin Bt Nasir. Pada ketika itu pelajar seramai 1800 orang pelajar. Pada tahun 2010 2 orang Guru Kaunseling melapor diri. Justeru, menjadikan jumlah  Guru Kaunseling  SMK Sungai Kapar Indah seramai 5 orang iaitu 3 orang bertugas di sesi pagi dan 2 orang bertugas di  sesi petang.


POSTED BY : UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SMKSKI

SELAMAT DATANG KE UBK SMKSKI :D !